Thursday, September 21, 2017

Komunikasi Medium Terbaik Bentuk Pentadbiran Dan Pelajar KUIS

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Komunikasi sesama insan dilihat sebagai medium terbaik untuk membentuk organisasi pentadbiran dan jemaah Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Sehubungan itu, Masjid Al-Azhar KUIS menggunakan pendekatan perhubungan awam melalui komunikasi dengan pentadbiran dan jemaah masjid yang terdiri daripada pelajar KUIS bagi membina hubungan baik antara pihak masjid serta anggota kariahnya.

"Melalui perhubungan awam, segala informasi dapat disampaikan dan difahami bagi membina imej pengurusan KUIS yang baik serta cara berdakwah melalui teladan akhlak yang murni," kata KUIS dalam satu kenyataan.

KUIS berkata komunikasi yang diamalkan di Masjid Al-Azhar membuktikan gabungan antara ilmu dan pengalaman amat penting terutamanya dalam melancarkan aspek pengurusan masjid.

Menurut kolej itu, ilmu bertindak sebagai garis panduan bagi memastikan pengurusan masjid berpandukan al-Quran dan Sunnah manakala pengalaman berperanan sebagai medium untuk memahami serta mendekati para jemaah yang terdiri daripada pentadbir, pelajar dan anggota kariah di sekitar KUIS.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment