Friday, September 29, 2017

CHANGCHUN MENGESYORKAN 120 SYARIKAT TEMPATAN KEPADA DUNIA

CHANGCHUN, China, 28 Sept (Bernama) -- 
 

Kerajaan bandar raya Changchun di timur laut China telah memperkenalkan 120 buah syarikat tempatan yang mempunyai kualiti dan kredibiliti yang tinggi kepada dunia dalam satu acara baru-baru ini, yang bertujuan untuk menggalakkan tarikan pelaburan asing dan membina bandar raya itu sebagai sebuah pusat serantau di Timur Laut Asia.Changchun berada di pusat geografi di wilayah timur laut China dan Timur Laut Asia. 

Ia mempunyai empat zon pembangunan bertahap nasional dan sebuah daerah baharu bertahap nasional. Ia adalah sebuah pangkalan perindustrian dan pangkalan bijian komoditi yang penting di China. Dengan automobil, produk pertanian dan pembuatan peralatan sebagai tiga industri tunggak mereka, bandar raya itu juga mempunyai enam industri baru muncul yang strategik termasuk bioperubatan, tenaga baharu dan maklumat fotoelektrik. Bandar raya itu mengekalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus pada separuh pertama tahun ini, mengatasi purata kebangsaan dan mendahului bandar raya utama yang lain di rantau itu.

Jia Lina, timbalan datuk bandar bagi Changchun, berkata sebagai sebuah bandar raya yang penting di sepanjang koridor ekonomi China-Mongolia-Rusia dan strategi pembukaan Changchun-Jilin-Tumen kebangsaan, Changchun mempunyai 10 kelebihan termasuk lokasinya, sumber, pendidikan, asas perindustrian, faktor-faktor pengeluaran yang mencukupi, pelbagai zon dan taman pembangunan, persekitaran dan dasar yang menggalakkan. Bandar raya itu juga berhasrat untuk terus membuka dan bergabung ke dalam pembangunan ekonomi dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10441

No comments:

Post a Comment