Wednesday, September 13, 2017

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGUMUMKAN PEMACU CAKERA KERAS 1TB UNTUK APLIKASI PENYIMPANAN MUDAH ALIH PELANGGAN

Model HDD Siri MQ04 baharu menyampaikan kapasiti 1TB untuk PC mudah alih, sistem permainan dan aplikasi penyimpanan lain oleh pelanggan 

TOKYO, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan HDD 1TB[1]  Siri MQ04 mereka yang baharu, yang direka untuk aplikasi yang memerlukan kapasiti tinggi, penyimpanan yang sangat tahan lama, termasuk komputer bimbit, sistem permainan, semua dalam satu sistem atas meja garis nipis dan peralatan kotak atas set. Penghantaran bagi model MQ04 1TB bermula hari ini, dengan ketersediaan umum.

Model cakera tunggal Siri MQ04 itu menawarkan kapasiti[2]  terbesar dalam industri penyimpanan bagi setiap cakera untuk HDD 2.5-inci, dan menyampaikan 1TB bagi kapasiti penyimpanan data di dalam faktor bentuk ultra-padat 2.5 inci hanya pada ketinggian 7mm.  Dengan sebuah antara muka[3] SATA 6 Gbit/sesaat, 5,400 kelajuan putaran dan sebuah penimbal 128MiB[4] yang besar, pemacu baharu itu direka bentuk untuk pencapaian kadar jangkau dan pemindahan yang konsisten, dan meningkatkan pencapaian kadar pemindahan yang berterusan sebanyak 34 peratus berbanding model generasi MQ01 1TB sebelum ini. Ia dijangka memenuhi permintaan pasaran yang kukuh di dalam pasaran HDD pelanggan bagi pencapaian tinggi, kapasiti penyimpanan yang besar untuk aplikasi seperti komputer bimbit, dan untuk merakamkan imej dan data yang beresolusi tinggi.

Kumpulan Toshiba meletakkan HDD sebagai satu bidang perniagaan tumpuan di dalam perniagaan penyimpanan mereka. Dengan meningkatkan barisan produk mereka, Toshiba berhasrat untuk mempertingkatkan lagi penyelesaian bagi aplikasi dari komputer bimbit kepada pusat-pusat data dan produk-produk kebolehpercayaan yang tinggi di kedua-dua pasaran perusahaan dan pengguna, dan untuk memastikan ia berada pada kedudukan yang unik bagi memenuhi permintaan merentasi keseluruhan rangkaian keperluan pelanggan. 

No comments:

Post a Comment