Thursday, September 28, 2017

CHJ TECH. BEKERJASAMA DENGAN DOSARREST UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KESELAMATAN INTERNET UNTUK KERAJAAN SINGAPURA

SINGAPURA, 27 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CHJ Technologies Singapore mengumumkan pada hari ini bahawa mereka telah dipilih sebagai salah satu daripada 6 vendor yang diluluskan untuk menyediakan perlindungan DDoS berasaskan cloud dan perkhidmatan keselamatan Aplikasi Web bagi kerajaan Singapura untuk 3 tahun seterusnya. Kerajaan Singapura menjangka akan membelanjakan SGD 50 juta untuk memastikan web kerajaan berfungsi walaupun diserang. CHJ adalah pengedar eksklusif perkhidmatan keselamatan Internet DOSarrest di Singapura dan mereka menggunakan penyelesaian DDoS dan WAF untuk memenuhi keperluan keselamatan kerajaan Singapura.

Linus Choo, Pengarah Urusan CHJ Technologies mengatakan “CHJ Technologies mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan siber di Singapura. Pernah dianugerahkan kontrak pengurangan DDoS oleh kerajaan Singapura pada tahun 2014, kami berasa gembira dan bangga apabila dianugerahkan untuk kali kedua dalam tender terbaru ini. Kami menganggap pembaharuan perkhidmatan kami ini sebagai bukti terhadap kaliber perkhidmatan yang pasukan kami sediakan dan perkongsian kami dengan DOSarrest.

“Kami sedar akan kepentingan strategik bagi perkhidmatan keselamatan siber, oleh itu kami bersepakat dan bersepadu secara sempurna dengan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan kita dalam perlindungan DDoS dan perkhidmatan keselamatan siber yang lain, ini menjadikan lanjutan kerjasama kami dengan kerajaan lebih bernilai. Ini adalah pencapaian yang sangat penting untuk CHJ Technologies dan DOSarrest.”

Mark Teolis, CEO DOSarrest menerangkan “Proses bagi memenuhi semua keperluan spesifikasi keselamatan kerajaan Singapura adalah amat ketat, tetapi akhirnya kami mengalahkan ramai saingan 3 tahun lalu dan kami melakukannya lagi pada tahun ini.” Teolis menambah, “CHJ Tech adalah padanan yang hebat untuk kami, gandingan pekerja mereka di tapak dan sokongan pelanggan bersama teknologi kami adalah sempurna.” 

No comments:

Post a Comment