Wednesday, September 6, 2017

TCL LANCAR AI DAN TV PINTAR YANG DIPERLUASKAN DI IFA 2017

BERLIN, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL, satu daripada tiga pengeluar televisyen dan inovator teknologi QLED global yang terkemuka, hari ini melancarkan TV pintar mereka di IFA 2017: QLED kemegahan yang bersaiz super XESS Private Theatre X6 dan P6 TV dari siri Popular TCL yang membawa pengguna AI dan penyelesaian kandungan baharu.

"Hari ini menandakan satu kejayaan penting bagi TCL, ketika kami terus berinovasi bagi pihak pangkalan pelanggan global kami yang canggih," kata Tomson Li, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TCL Corporation, yang berikrar untuk menjadi sebuah peneraju global di dalam produk pintar dan perkhidmatan Internet.

Private Theatre XESS X6 menggunakan teknologi paparan Quantum Dot dan menyokong Dolby Vision™ julat berdinamik tinggi (HDR). Ia dengan tepat mewakili 1.07 bilion warna. Paparan QLED 85” itu mencapai 1,200 nits dalam puncak kecerahan dan mempunyai ketulenan warna 58.3% lebih baik berbanding dengan TV tradisional. Nisbah kontras (12 juta: 1) ditingkatkan oleh pemalapan tempatan -- disokong oleh 1,200 cahaya belakang LED.

X6 itu dilengkapi dengan sebuah sistem bunyi Harman Kardon dan menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos® dan teknologi DTS: X 7.1.4 dan kemasan berkilat tembaga dan walnut yang memberikannya satu sentuhan kemewahan. Dengan kelebaran hanya 24.8mm, XESS Private Theatre X6 adalah satu daripada TV bersaiz super yang paling nipis dan ternipis bagi yang bersaiz melebihi 80 inci yang menggunakan teknologi pemalapan tempatan.

TV P6 jarak sederhana meningkatkan reka bentuk menonjol Siri Popular TCL yang terkenal dan menyampaikan kualiti gambar HDR menerusi teknologi paparan 4K UHD. Pemalapan mikro mereka mencapai kontras yang hebat dan Mod Sukannya mengoptimumkan imej aksi secara langsung dengan bantuan bunyi keliling Dolby 5.1 bertaraf studio.

P6 mempunyai sebuah badan yang ultra tipis, garis aliran yang elegan dan sebuah bezel sempit berukuran 4.8mm. Ia boleh didapati dalam saiz 43" hingga 65" dengan pilihan warna hitam dan perak, yang akan dilancarkan di pasaran luar negara dari suku keempat tahun 2017.

Pada suku pertama tahun 2017, TCL menduduki dalam senarai tiga teratas di dalam penghantaran TV global, dengan bahagian pasaran sebanyak 7.3%, menurut IHS.

Pada separuh pertama tahun 2017, volum jumlah jualan TV LCD TCL meningkat sebanyak 12.2% tahun ke tahun kepada 9,603,392 set (tidak termasuk paparan komersial). Volum jualan TV LCD di luar negara mencapai 5.74 juta unit, meningkat 34.1% tahun ke tahun, manakala nilai jualan meningkat 51.0% tahun ke tahun. TCL menduduki tempat ketiga di Perancis dan Filipina, keempat di Thailand dan kelima di Vietnam, Australia dan Amerika Syarikat.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51676723&lang=en

Hubungi
TCL Multimedia Technology Holdings Ltd.
Phillip Wu, +86 755 3331 1958
wulf@tcl.com

Sumber: TCL Multimedia Technology Holdings Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment