Friday, September 15, 2017

MADISON REALTY CAPITAL MENYEDIAKAN $297 JUTA PINJAMAN PEMBINAAN UNTUK PEMBANGUNAN RIVER PARK MILIK FORTIS PROPERTY GROUP DI COBBLE HILL, BROOKLYN

MRC Menyediakan Pinjaman Pembinaan untuk Menyiapkan Projek Penggunaan Bercampur Tiga Bangunan Dengan 172 Unit Kondominium Mewah, Terletak di Bekas Tapak Hospital Kolej Long Island
 

NEW YORK, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Madison Realty Capital (MRC) mengumumkan pemeteraian sebuah pinjaman pembinaan bernilai $297 juta untuk River Park, sebuah pembangunan penggunaan bercampur tiga bangunan di Cobble Hill, Brooklyn yang terdiri daripada kira-kira 325,000 kaki persegi yang boleh dijual, dan termasuk 172 unit kondominium mewah, ruang kemudahan komuniti seluas 66,900 kaki persegi, dan 328 ruang letak kereta. MRC, sebuah firma pelaburan hartanah yang disokong institusi yang memberi tumpuan kepada ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan, menyediakan pinjaman untuk projek itu, yang kini sedang dibangunkan oleh Fortis Property Group, sebuah peminjam berulang MRC, di tiga buah tapak bersebelahan yang sebelum ini terdiri daripada kampus perubatan Hospital Kolej Long Island (LICH).

"Kami sangat teruja untuk sekali lagi menjalin kerjasama dengan Fortis bagi penyiapan bangunan-bangunan di Cobble Hill ini," kata Josh Zegen, Pengasas Bersama dan Prinsipal Urusan di MRC. "Kami percaya bahawa produk yang terhad di pasaran Cobble Hill/ Brooklyn Heights yang digabungkan dengan produk luar biasa yang akan disampaikan oleh Fortis akan menjadikan ia sebuah projek marquis bagi Brooklyn."

"MRC terus menyediakan perbelanjaan sehenti di dalam pasaran pembiayaan hartanah," kata Zegen. "Kami percaya bahawa kami menawarkan sebuah proses pemberian pinjaman yang lebih efisien, berdasarkan kepada pemahaman tentang keperluan penaja dan pengetahuan mendalam kami mengenai Bandar Raya New York di peringkat pasaran mikro. Dalam hubungan ini, kami sebelum ini telah memberikan pinjaman kepada Fortis untuk fasa pertama pengambilalihan dan prapembangunan tanah, dan kami amat gembira untuk kekal di dalam perjanjian itu sebagai pemberi pinjaman pembinaan bagi projek berprofil tinggi ini."

"Kami sangat teruja untuk meneruskan pembinaan projek River Park kami yang indah ini," kata Jonathan Landau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Fortis Property Group. "Bekerjasama dengan Josh Zegen dan MRC membolehkan kami untuk mencapai leveraj yang sangat baik pada harga yang kompetitif bagi pembangunan mercu tanda ini. River Park 1, 2 dan 5 akan menjadi tunjang bagi Daerah Persisiran Brooklyn yang baharu dan membawa sebuah tahap kehidupan mewah yang baharu kepada Cobble Hill."

Fortis bersetuju pada tahun 2015 untuk memperoleh 18 bangunan yang terdiri daripada bekas kampus LICH dengan kos $240 juta melalui sebuah proses RFP yang kompetitif yang dikendalikan oleh penjual, State University of New York. Fortis membiayai fasa pertama pemerolehan itu dengan sebuah pembiayaan penyambung sebanyak $107.25 juta dari MRC. Wang daripada pinjaman baharu dari MRC itu akan digunakan untuk melunaskan pinjaman penyambung sebelum ini dan pembinaan lengkap bagi tiga bangunan kondominium kediaman mewah, termasuk sebuah menara tepi laut yang terletak di 350 Hicks Street ("1 River Park"); sebuah menara kondominium bertingkat tinggi yang terletak di 95 Pacific Street ("2 River Park"); dan sebuah bangunan kondominium kontekstual yang terletak di 349 Henry Street/ 112 Pacific Street ("5 River Park").

Maklumat mengenai Madison Realty Capital (MRC)

MRC adalah sebuah firma pelaburan hartanah yang berpangkalan di New York yang mengusahakan ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan. Ditubuhkan pada tahun 2004, MRC telah melabur dalam kira-kira $6.0 bilion urus niaga di dalam sektor berbilang keluarga, runcit, pejabat, perindustrian dan perhotelan.

Maklumat mengenai Fortis Property Group

Fortis Property Group, LLC adalah sebuah syarikat pelaburan, pengendalian dan pembangunan hartanah yang telah memperoleh, membangun, dan mengurus lebih $5.0 bilion / 8 juta SF kondominium kediaman, pejabat Kelas A, hartanah berbilang keluarga, dan industri dengan tumpuan kepada kawasan metropolitan New York, Boston dan Dallas.

Hubungi
Great Ink Communications
Tom Nolan, 212-741-2977
tom@greatink.com
atau
Eric Waters, 212-741-2977
eric.waters@greatink.com

Sumber: Madison Realty Capital

No comments:

Post a Comment