Tuesday, September 5, 2017

TACONIC BIOSCIENCES TAJA MODEL TERSUAI UNTUK MENYOKONG SINDROM KABUKI, KECELARUAN YANG JARANG DITEMUI YANG MENYEBABKAN KETIDAKBOLEHAN INTELEK

HUDSON, N.Y., 5 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju gobal dalam model rodensia tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan, mendanai pembangunan model tikus tersuai untuk mengkaji sindrom Kabuki, sejenis penyakit genetik yang jarang ditemui. Taconic mendermakan perkhidmatan penjanaan model sebagai penaja kali ketiga bagi Cabaran Sains Penyakit yang Jarang Ditemui, BeHEARD. Dihoskan oleh Rare Genomics Institute, Cabaran Sains Penyakit yang Jarang Ditemui merupakan acara tahunan yang mana penaja industri mendermakan perkhidmatan untuk memperhebat penyelidikan penyakit yang jarang ditemui.

Sindrom Kabuki disebabkan oleh mutasi dalam gen KMT2D atau KDM6A, dengan ciri-ciri ketidakbolehan intelek rendah hingga sederhana, pertumbuhan terbantut, gangguan imun dan hilang pendengaran. Taconic akan menggunakan teknologi suntingan gen CRISPR/Cas 9 untuk membangunkan model tikus salah erti Kmt2d yang pertama bagi sindrom Kabuki dan menggunakan sekumpulan tikus untuk kajian. Pada masa yang sama, Taconic melakukan pengawetankrio dan menyimpan baka tikus.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10360

No comments:

Post a Comment