Friday, September 15, 2017

TMALL MILIK KUMPULAN ALIBABA MENYOKONG MINGGU FESYEN NEW YORK: THE SHOWS

Pereka-pereka Amerika Syarikat akan Tampil di Pertunjukan Fesyen Tmall 2017 'Lihat Sekarang Beli Sekarang' Menjelang 11.11, Hari Beli-belah Terbesar di Dunia


NEW YORK, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tmall milik Kumpulan Alibaba (NYSE: BABA), platform pengguna terbesar di China untuk jenama dan peruncit, mengumumkan bahawa ia telah menjadi sebuah rakan rasmi bagi Minggu Fesyen New York (NYFW): The Shows, dengan kerjasama Suntchi, untuk membantu pereka dan jenama Amerika Syarikat memanfaatkan skala dan teknologi Alibaba untuk menjangkau ke pasaran China buat kali pertama.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Alibaba telah memilih pereka dari NYFW untuk dipaparkan di dalam pertunjukan fesyen tahunan kedua Tmall 2017 'lihat sekarang beli sekarang', sebuah acara fesyen global yang berlangsung pada Oktober ini menjelang sebelum Festival Beli-belah Global 11.11 Alibaba, hari beli-belah terbesar di dunia. Tahun lepas, Alibaba menyiarkan secara langsung acara ini kepada tujuh juta penonton dan menampilkan lebih 50 jenama antarabangsa. Dengan menjalin kerjasama bersama Alibaba, pereka-pereka terkemuka dari Amerika Syarikat seperti Opening Ceremony dan Robert Geller akan mendapat pendedahan kali pertama kepada lebih setengah bilion pengguna yang melawat platform Alibaba.

Dalam usaha untuk menggalakkan pertukaran silang budaya di antara Amerika Syarikat dan China, perkongsian itu akan juga memperkenalkan "NYFW: Hari China", sebuah acara unik yang memaparkan pereka-pereka terkemuka dari China yang dipilih dari pertunjukan fesyen Tmall 2017 'lihat sekarang beli sekarang' semasa NYFW: The Shows pada September 2018.

"Kami sangat teruja untuk menyokong NYFW: The Shows untuk membawa jenama dan peruncit dari Amerika Syarikat dengan keupayaan untuk menjangkau ke pangkalan pengguna China yang terus berkembang," kata Michael Evans, Presiden Kumpulan Alibaba. "Skala, teknologi dan pemahaman mendalam Alibaba mengenai pengguna menyediakan kepada jenama dan pereka dengan penawaran yang benar-benar unik untuk melibatkan pengguna di dalam pasaran terbesar dunia dengan cara yang baharu dan berinovatif."

"Kami memulakan Opening Ceremony 15 tahun lalu, yang diilhamkan oleh pengembaraan yang kami ambil ke Hong Kong. Dengan berakar umbi keluarga begitu teguh di China, ia adalah sangat menarik untuk menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat yang begitu berpengaruh seperti Alibaba untuk berkongsi cerita kami dan memperluaskan kehadiran kami di peringkat global," kata Humberto Leon dan Carol Lim, pengasas bagi Opening Ceremony.

"Kami sangat teruja untuk mula membina jenama kami di China, dan menyesuaikan pengalaman membeli-belah kami dengan menggunakan teknologi Alibaba yang berinovatif untuk menjadikan jenama kami lebih mudah diakses dengan pangkalan pengguna China yang semakin berkembang, yang amat penting kepada pengembangan kami di peringkat global," kata pereka Robert Geller.

Maklumat mengenai Kumpulan Alibaba

Misi Kumpulan Alibaba adalah untuk memudahkan menjalankan perniagaan di mana sahaja. Syarikat itu berhasrat untuk membina infrastruktur perniagaan masa hadapan. Ia membayangkan bahawa pelanggan mereka akan bertemu, bekerja dan tinggal di Alibaba, dan bahawa ia akan menjadi sebuah syarikat yang akan bertahan sekurang-kurangnya 102 tahun.

Hubungi
Kumpulan Alibaba
Sharon Chan, +1 415-361-8219
sharon.chan@alibaba-inc.com


Sumber: Kumpulan Alibaba

No comments:

Post a Comment