Wednesday, September 6, 2017

PUSAT ASEAN-JEPUN: KAJIAN OLEH AJC MENJELASKAN HUBUNGAN BAGI RANTAIAN NILAI GLOBAL DI ASEAN DAN MENCADANGKAN STRATEGI-STRATEGI KERAJAAN UNTUK MENJADIKANNYA BERFUNGSI BAGI PEMBANGUNAN LESTARI

TOKYO, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) hari ini mengeluarkan satu kajian mengenai rantaian nilai global (GVC) di ASEAN (www.asean.or.jp/en/centrewide_en/). Kajian itu menyediakan satu analisis yang mendalam mengenai GVC ASEAN dan nasihat praktikal bagi pembuat dasar kerajaan ASEAN mengenai cara untuk memaksimumkan manfaat dan meminimumkan risiko yang dikaitkan dengan GVC dengan cara pembangunan yang lebih lestari.

Kajian itu, yang bertajuk Rantaian Nilai Global di ASEAN: Satu Perspektif Serantau, merupakan satu daripada siri 16 kertas kerja mengenai GVC ASEAN. AJC telah mengeluarkan kertas kerja mengenai Filipina pada Julai 2017, dan 14 kertas kerja lain akan dihasilkan kemudian (nota kaki 1). Kertas kerja ini adalah didasarkan kepada data mengenai perdagangan nilai tambah yang telah diwujudkan oleh AJC dengan kerjasama bersama Eora (nota kaki 2) dan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan.

Penemuan utama bagi kajian itu adalah seperti berikut:

GVC ASEAN boleh menyumbang dengan ketara kepada pembangunan ekonomi rantau itu. Nilai tambah ASEAN dalam eksport yang dihasilkan di negara (nilai tambah domestik – DVA) menyumbang hampir 35 peratus kepada KDNK rantau ASEAN pada tahun 2013 (rajah 1). DVA adalah sebahagian daripada eksport yang menyumbang kepada KDNK itu sendiri.

Penyertaan GVC oleh ASEAN adalah yang kedua terbesar di dunia, hanya di belakang EU. Eksport nilai tambah dari ASEAN berjumlah $1,418 bilion pada tahun 2013, 38 peratus atau $532 bilion yang mengandungi import dari negara-negara lain, menjadikan 62 peratus atau $886 bilion untuk nilai yang diwujudkan secara domestik (rajah 2). Nilai import yang diintegrasikan ke dalam sebuah eksport negara itu sendiri dipanggil nilai tambah asing (FVA), yang sepadan dengan bahagian atas di dalam rantaian nilai. Antara input asing yang digunakan untuk eksport ASEAN, negara sumber yang paling penting sehingga awal tahun 2000 adalah Jepun, diikuti oleh Amerika Syarikat (rajah 3). Walau bagaimanapun, kedua-dua negara itu telah hilang kepentingan di dalam menyumbang kepada eksport ASEAN sejak pertengahan tahun 2000-an. Sebaliknya, saham-saham bagi input ASEAN dan China yang digunakan dalam eksport mereka semakin meningkat.

Eksport dari ASEAN juga boleh digunakan sebagai produk perantaraan di dalam eksport negara-negara lain. Bahagian bawah dalam rantaian nilai ini juga merupakan satu penunjuk penting bagi GVC. Menggabungkan bahagian huluan dan bahagian hiliran (nilai tambah domestik yang disatukan ke dalam eksport negara lain – DVX) memberikan jumlah penyertaan di dalam GVC. Tahap penyertaan ini sebanyak 65 peratus adalah kumpulan kedua terbesar di kalangan kumpulan serantau di dunia (rajah 4). Dua pertiga daripada eksport ASEAN dikaitkan dengan GVC.

Penyertaan di dalam GVC melibatkan kos. Sumbangan GVC kepada pembangunan mapan mungkin terhad jika sumbangan KDNK adalah kecil kerana FVA besar dan jika negara-negara terkunci di dalam aktiviti tambah nilai yang rendah.

AJC mencadangkan satu rangka kerja dasar umum yang diperlukan untuk GVC ASEAN; mendapat akses kepada GVC, mendapat manfaat daripada penyertaan GVC dan merealisasikan peluang untuk peningkatan di dalam GVC. Rangka kerja am itu terdiri daripada elemen berikut:

• Membenamkan GVC di dalam strategi pembangunan keseluruhan dan dasar-dasar pembangunan perindustrian;
• Membolehkan pertumbuhan GVC dengan mengekalkan sebuah persekitaran perdagangan dan pelaburan yang kondusif dan dengan menyediakan prasyarat infrastruktur;
• Membina kapasiti produktif di firma-firma tempatan;
• Mengurangkan risiko yang terlibat di dalam penyertaan GVC, yang memerlukan sebuah rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang kuat; dan
• Menyelaraskan dasar-dasar perdagangan dan pelaburan, yang membayangkan pengenalpastian sinergi di antara kedua-dua bidang dasar dan institusi yang berkaitan.

nota kaki 1: Ini adalah satu usaha penyelidikan pelbagai tahun dan fasa pertama, yang menghasilkan dan mengemas kini data rantaian nilai untuk negara-negara individu ASEAN dan kertas analisis yang berdasarkan kepada hasil data-data tersebut. Di bawah program pelbagai tahun ini, 16 laporan teknikal berasaskan bukti dan berorientasikan dasar akan disediakan: sebagai tambahan kepada kertas am ini mengenai ASEAN secara keseluruhan (Kertas Kerja 1), laporan individu mengenai 10 negara anggota ASEAN (Kertas Kerja 2 hingga 11) dan lima industri terpilih (Kertas Kerja 12 hingga 16) - elektronik, automobil, tekstil dan pakaian, perniagaan pertanian, dan pelancongan.

nota kaki 2: Eora, atau projek Eora, adalah berpangkalan di University of Sydney dan terdiri daripada sebuah pasukan penyelidik antarabangsa yang mengembangkan "pangkalan data input-output pelbagai wilayah" (www.worldmrio.com). Pangkalan data ini adalah asas bagi anggaran perdagangan nilai ditambah dan pangkalan data mereka digunakan dalam projek AJC di GVC.

Maklumat mengenai Pusat ASEAN-Jepun

Pusat ASEAN-Jepun adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981. Ia telah mempromosikan eksport dari ASEAN ke Jepun sambil menggiatkan pelaburan, pelancongan serta pertukaran rakyat dengan rakyat di antara negara anggota ASEAN dan Jepun.

URL: http://www.asean.or.jp/en/

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51675966&lang=en

Hubungi
Pusat ASEAN-Jepun
Cik Hiroko Ishige, +81-3-5402-8118
Pejabat Perancangan & Penyelarasan
ajc-pr@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170831005448/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment