Thursday, September 7, 2017

PENERAJU EROPAH DI DALAM PROSES PENDAFTARAN NAMA DOMAIN MENGUMUMKAN ICO UNTUK MEMBANGUNKAN PLATFORM LELONGAN YANG DIKUASAKAN OLEH BLOCKCHAIN

PARIS, Sept 6 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah syarikat permulaan pertumbuhan hiper dari Perancis DomRaider bercita-cita untuk membangunkan sebuah penyelesaian sumber terbuka yang didedikasikan untuk pengurusan lelongan tepat masa berdasarkan kepada teknologi blockchain atau lejar digital.

Tristan Colombet, Ketua Pegawai Eksekutif DomRaider, menjelaskan mengenai operasi itu di dalam video

Sepanjang empat tahun yang lalu, DomRaider telah menjadi peneraju pasaran Eropah bagi lelongan nama domain yang telah tamat tempoh. Hari ini Pengasasnya, Tristan Colombet mengumumkan pelancaran sebuah kempen ICO yang bertujuan untuk membiayai sebuah platform yang dijanakan oleh blockchain untuk lelongan dalam apa jua bentuk.

Lelongan tepat masa dijalankan di blockchain

DomRaider merancang untuk menggunakan hasil daripada penjualan token itu untuk membangunkan platform lelongan dan mempercepatkan pembangunan DomRaider pada skala antarabangsa, yang sudah wujud di Itali dan Sweden dan akan diperluaskan ke Kanada dan United Kingdom pada Oktober.
Platform lelongan itu dibina di atas sebuah blockchain yang terdiri daripada blok-blok data yang dihubungkan bersama melalui satu rangkaian tak berpusat. DomRaider bercita-cita untuk merevolusikan ekosistem lelongan yang sedia ada dan terhad dengan menggunakan teknologi blockchain. Objektifnya adalah untuk membangunkan rangkaian tak berpusat yang pertama yang dikhususkan kepada pengurusan tepat masa bagi sebarang lelongan di dunia, sama ada secara dalam talian atau di dalam bilik lelongan.

Penyelesaian blockchain DomRaider bertujuan untuk:

• Skalabiliti, boleh dipercayai dan telus (lelongan yang dapat ditentusahkan secara umum dan tidak dapat diubah)
• Komunal dan boleh diselaraskan (lelongan di seluruh dunia boleh diakses melalui antara muka generik)
• Cepat (konsensus pada bida kurang dari 1 saat)
• Menjimatkan kos (kos urus niaga yang sangat rendah).

Tristan Colombet, pengasas bagi DomRaider berkata "Kami sangat teruja dengan idea untuk melancarkan ICO pertama yang dilakukan oleh sebuah syarikat Perancis yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam tempoh empat tahun yang lalu. Ia merupakan satu batu loncatan yang penting bagi perkembangan DomRaider, dan ia menggambarkan sepenuhnya kemunculan blockchain di dalam ekonomi sebenar. Melalui ICO ini, kami berhasrat untuk menerapkan revolusi teknologi ini bagi mengubah industri lelongan dunia".
 
Pelancaran "Penjualan Token" DomRaider pada 12 September, 2017

DomRaider ICO bermula pada 12 September, 2017 dan berakhir pada 11 Oktober, 2017. Oleh itu, syarikat tersebut akan mengeluarkan hampir 1 bilion "Token DomRaider" (DRT). Tempahan (prajualan bagi token) kini dibuka kepada orang ramai melalui laman web khusus: www.domraider.io. Kurang dari satu minggu selepas permulaan proses ini, 130 juta token (daripada maksimum 262.5 juta yang dirancang untuk prapenjualan) telah dijual.

Maklumat mengenai DomRaider

Selepas pengembaraan yang luar biasa selama 12 tahun sebagai ketua Prizee (satu daripada pemula web pertama yang berjaya di Perancis) Tristan Colombet mencipta DomRaider pada musim panas tahun 2013. DomRaider adalah sebuah perkhidmatan untuk memulihkan nama-nama domain yang telah tamat tempoh atau "drop catching" iaitu satu proses pendaftaran nama domain yang telah tamat tempoh. Hasil daripada petunjuk dan teknologi yang tepat yang mengesan ketersediaan nama-nama domain sejurus ia wujud, syarikat itu mengenal pasti nama-nama domain yang berpotensi memberi manfaat kepada pelanggan mereka. Oleh itu, nama-nama domain yang telah tamat tempoh boleh digunakan di dalam konteks strategi rujukan (SEO), spekulasi mengenai nama-nama domain yang jarang atau pengurusan harta intelektual. Dengan lebih daripada 20,000 urus niaga sejak penciptaannya, DomRaider pada hari ini merupakan sebuah peneraju Eropah dan pada masa ini menawarkan 27 penyambungan termasuk .com yang membuka pintu kepada pasaran dunia.

DomRaider telah mengumpul 3.5 juta euro sejak Oktober 2016, dengan pusingan awal sebanyak 2 juta euro dari dana pelaburan Eefficiency, diikuti oleh pusingan kedua 1.5 juta euro pada Mei 2017 dari Crédit Agricole, CIC, Banque Populaire dan BPI Perancis. Pertumbuhan tinggi DomRaider membolehkan syarikat itu menggaji lebih 33 orang pekerja yang bertebaran di tiga buah negara (Perancis, Sweden dan Itali) dan tidak lama lagi di Kanada dan United Kingdom pada Oktober.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi
Presse
Ballou PR
François Aubert & Tom Rouffio, T: 01.42.22.24.10
E-mel: domraider@balloupr.com

Sumber: DomRaider

No comments:

Post a Comment