Wednesday, September 6, 2017

MyCreative: Kerajaan Denmark Bekerjasama Jayakan Piala Perniagaan Kreatif

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative), dengan kerjasama Kerajaan Denmark, melancarkan pertandingan Piala Perniagaan Kreatif (CBC), untuk memberi ganjaran kepada cadangan perniagaan kreatif.

Acara itu, yang akan berlangsung pada 16 Nov di Copenhagen, Denmark, bertujuan memberi kekuatan kepada syarikat startups (syarikat baharu) dan usahawan dalam industri kreatif di seluruh dunia dengan menghubungkan mereka kepada pelabur baharu dan pasaran global serta meningkatkan kemampuan inovasi mereka untuk manfaat industri dan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Johan lshak, dalam kenyataan hari ini, berkata, Malaysia adalah penyokong kuat usaha itu.

"Sebagai usahawan, cabaran muncul dalam pelbagai aspek, daripada pembangunan perniagaan, hinggalah kepada bantuan kewangan,"katanya.

Piala Perniagaan Kreatif 2017 diadakan pada skala global dengan usahawan dari lebih 80 negara beradu kehebatan untuk muncul sebagai pemenangnya.

Individu yang berminat menyertainya perlu mengemukakan video sepanjang tiga minit dan permohonan bertulis selewat-lewatnya pada 15 Sept 2017 kepada cbcmalaysia2017@mycreative.com.my" dan penyertaan akan diadili para hakim pada 22 Sept.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment