Tuesday, September 12, 2017

FESTIVAL BUSAN ONE ASIA 2017 MELANCARKAN JUALAN TIKET RASMI PADA 11 SEPT

BUSAN, Korea Selatan, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jualan tiket dalam talian untuk Festival Busan One Asia (BOF) 2017, Festival Gelombang Korea No.1 di Asia, akan bermula pukul 8  p.m. pada 11 September, dan anda boleh membeli tiket dari laman sesawang  tiket (ticket.hanatour.com).
 
BOF dianjurkan oleh Kerajaan Bandaraya Metropolitan Busan dan dikendalikan oleh Organisasi Pelancongan Busan. Ia adalah gabungan infrastruktur budaya dan pelancongan Busan, kandungan Hallyu dan budaya Asia. Festival ini merupakan acara pertukaran untuk golongan muda dari seluruh dunia untuk mengumpulkan dan menikmati semua perkara mengenai budaya K, termasuk K-pop, K-makanan dan K-kecantikan, di satu tempat. Ia adalah jenama pelancongan yang mewakili Asia. Pelbagai persembahan dan pameran akan diadakan di Stadium Utama Busan Asiad, Pusat Pawagam Busan, Gunam-ro di Haeundae, dan tapak lain Busan dari Ahad, 22 Oktober hingga Selasa, 31 Oktober.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10379

No comments:

Post a Comment