Wednesday, September 6, 2017

TCL MENERIMA ANUGERAH UNTUK PENYAMAN UDARA KEHIDUPAN PINTAR MEREKA DI IFA 2017

Mendahului Era Aircon+


BEIJING, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Diberi penghormatan oleh International Data Group (IDG) dan German Industry & Commerce Co., Ltd., TCL telah dianugerahkan dengan Anugerah Emas Inovasi Keselamatan Pintar IFA untuk penyaman udara siri T-GUARDIAN mereka di IFA 2017 Berlin, pameran elektronik pengguna dan peralatan rumah yang terkemuka di dunia.

TCL juga telah dianugerahkan dengan Anugerah Inovasi Peralatan Rumah China untuk siri TCL F6 dan penyaman udara siri T-GUARDIAN oleh CHERI (Institut Penyelidikan Elektronik Rumah China) di pameran itu.

TCL T-GUARDIAN adalah terbina dalam dengan sebuah kamera penyelesaian tinggi, di mana pengguna akan dapat memantau persekitaran rumah ketika dia berada di luar. Sebaik sahaja terdapat sebarang objek masuk ke dalam kawasan itu, satu pesanan penggera akan dihantar kepada pengguna untuk tujuan pemberitahuan. Dengan mengambil kira privasi, kamera keselamatan itu boleh disembunyikan dengan sebuah mekanisme yang boleh dilipat apabila pemantauan tidak lagi diperlukan.

Struktur mudah tanpa sebarang mekanisme yang rumit sebahagian besarnya meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaannya. Kelebihannya meliputi pandangan gaya Doric yang unggul, penukar haba berkecekapan tinggi dan mesra ekologi, pembersihan udara dan pengesanan kualiti, dan sebagainya.

Penyaman udara siri 'Aircon+' lain yang dipamerkan pada acara itu juga termasuk T-Health, T-Sunny, T-Music, dan T-Link. Lebih-lebih lagi selepas pelancaran siri penyaman udara TCL Miracle pada tahun 2016, TCL juga memperkenalkan produk baharu mereka – penyaman udara siri TCL Elite & Grace ke pasaran luar negara di IFA 2017, yang mengagumkan pengunjung dengan ciri-cirinya yang canggih mengenai ketetapan I, pembersihan sendiri, dan sebagainya.

Teknologi berinovatif 'Aircon+' boleh dianggap sebagai percubaan TCL untuk memajukan pembangunan industri penyaman udara. TCL telah mencari kejayaan cemerlang ke arah kecerdasan dan mewujudkan satu generasi baharu produk penyaman udara, yang akan mempunyai fungsi senario yang lebih praktikal dan ciri-ciri reka khas untuk pelbagai kumpulan pengguna.

Sebagai sebuah pengeluar dunia bagi produk pintar dan pembekal perkhidmatan aplikasi Internet, TCL menyaksikan nilai jenamanya mencapai RMB 76.5 bilion pada tahun 2016, dan terus menjadi pengeksport penyaman udara ketiga terbesar di China untuk tahun-tahun berikutnya.

Hubungi
TCL Air Conditioner (Zhongshan) Company Limited
Alain Duan, +86 13600320191
mailto:omc@tcl.com
http://Hao.tcl.com

Sumber: TCL Air Conditioner (Zhongshan) Company Limited

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170903005047/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment