Monday, September 11, 2017

PERSATUAN ANTARABANGSA UNTUK KAJIAN KANSER PARU-PARU MENGUMUMKAN PILIHAN ABSTRAK UNTUK PERSIDANGAN DUNIA KE-18 BAGI KANSER PARU-PARU

Penyelidikan baru akan memberi pendedahan terhadap kemajuan terbaru dalam penyelidikan kanser paru-paru

DENVER, 11 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) mengumumkan hari ini pilihan abstrak untuk Persidangan Dunia Ke-18 bagi Kanser Paru-paru (WCLC) yang akan berlangsung di Yokohama, Jepun pada 15 hingga 18 Oktober 2017. Penyelidikan ini akan dibentangkan semasa persidangan oleh penyelidik, pakar perubatan, jururawat dan penyokong bertaraf antarabangsa dari seluruh pelosok dunia dan akan menekankan perihal kemajuan terkini dalam pencegahan dan rawatan kanser paru-paru serta sains merangkumi pelbagai kategori yang berlainan termasuk pembedahan, radioterapi, terapi sasaran, imunoterapi, sokongan pesakit dan banyak lagi.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10374



No comments:

Post a Comment