Monday, September 25, 2017

SIGMA DESIGNS MELANCARKAN CABARAN PENCIPTA RUMAH PINTAR Z-WAVE

Sigma Designs dan Make: Kemunculan Misi Reka Bentuk Rumah Pintar di World Maker Faire 2017 di New York Meraikan Kreativiti Komuniti Pereka, Kerjasama dan Memberi Inspirasi untuk Reka Bentuk Aplikasi Z-Wave


FREMONT, Calif., Sept 25 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sigma Designs® (NASDAQ:SIGM), penyedia peneraju bagi penyelesaian cip pada sistem pintar (SoC) untuk platform TV Pintar Terhubung dan IoT rumah Pintar, dan Make:, peneraju gerakan Maker dan penerbit acara Maker Faire yang popular, hari ini mengumumkan pertandingan reka bentuk aplikasi Z-Wave rumah pintar untuk ahli Maker dan Pembangun.

Hari ini, Sigma Designs melancarkan Cabaran Pencipta Rumah Pintar Z-Wave dalam kerjasama dengan Make: bersempena dengan World Maker Faire perdana yang akan berlangsung di New York City pada 23-24 September. Pertandingan reka bentuk rumah pintar tersebut akan diadakan di platform komuniti Maker Share serba baru di mana peserta berpeluang menunjukkan idea aplikasi rumah pintar mereka yang akan menukar pengalaman rumah pintar idaman mereka menjadi realiti. Finalis daripada pusingan idea akan menerima Raspberry Pi percuma yang dilengkapi dengan Z-Wave Developers Kit (bernilai USD 130) dan satu peranti Bersijil Z-Wave pilihan mereka yang disediakan oleh penaja Zwaveproducts.com untuk membina aplikasi mereka dan menyerahkannya untuk penilaian.

Hadiah utama untuk pertandingan ini ialah tajaan lawatan ke Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, 9-12 Januari 2018, bersama dengan peluang untuk mempamerkan projek rumah pintar tersebut di Z-Wave Alliance Smart Home Pavillion. Pemenang tempat kedua akan menerima peranti Z-Wave bernilai USD 2,000 manakala pemenang tempat ketiga akan menerima peranti Z-Wave bernilai USD 1000 untuk membina sistem rumah pintar mereka sendiri.

“Sigma Designs mengeluarkan spesifikasi Z-Wave secara awam untuk memberikan pembangun akses kepada lapisan kebolehoperasian Z-Wave yang penuh untuk pembangunan aplikasi rumah pintar,” kata Carsten Steffensen, Moderator Forum Z-Wave Awam untuk Sigma Designs. “Komuniti Maker terkenal dengan keupayaan inventif dan kreativiti, inilah sebabnya kami teruja untuk melihat apa yang akan mereka cipta apabila diberikan akses penuh kepada keupayaan Z-Wave. Kami teruja untuk melancarkan pertandingan ini dan tidak sabar untuk menilai penyelesaian imaginatif oleh Komuniti Maker.”

“Keseluruhan pasukan Make: teruja untuk bekerja dengan Sigma Designs dalam pelancaran misi berpusatkan rumah pintar yang pertama di platform Maker Share,” kata Clair Whitmer, pengurus platform Maker Share. “”Matlamat kami di Maker Share adalah untuk menghubungkan ahli kami dengan satu sama lain dan dengan peluang dalam komuniti Ini adalah contoh terbaik bagi peluang sebegini. Projek ini akan mempamerkan komuniti Maker sebagai sumber inovasi untuk rumah dan teknologi. Kami teruja untuk menjadi rakan kongsi Sigma Designs, syarikat yang berakar umbi dalam bidang rumah pintar, dan untuk melancarkan misi ini sebaik sahaja isu Make kami yang memfokus tentang rumah muncul di pasaran dan World Maker Faire dibuka di New York. Kami mengalu-alukan setiap ahli dan idea baharu di Maker Share.”

Butiran penuh berkenaan pertandingan termasuk kelayakan, sekatan, tarikh akhir penyerahan, dan hadiah tersedia di halaman pertandingan Maker Share: https://makershare.com/missions/z-wave-challenge. Peserta boleh mengakses Spesifikasi Z-Wave Awam di pautan ini: http://z-wave.sigmadesigns.com/design-z-wave/z-wave-public-specification/.

Mengenai Sigma Designs

Sigma Designs, Inc. (NASDAQ: SIGM) adalah peneraju dunia dalam membolehkan penumpuan rumah pintar. Syarikat ini mereka bentuk dan membina teknologi semikonduktor penting yang berfungsi sebagai asas bagi platform TV Pintar Terhubung terkemuka di dunia dan Internet of Things (IoT) untuk peranti rumah pintar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sigma Designs, sila lawati www.sigmadesigns.com.

Mengenai Z-Wave

Teknologi Z-Wave adalah piawaian ITU (G.9959) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia adalah teknologi kawalan rumah tanpa wayar utama di pasaran hari ini, dengan lebih daripada 2,100 produk saling beroperasi yang diiktiraf di seluruh dunia. Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 600 syarikat di seluruh dunia, piawaian ini merupakan pemboleh utama penyelesaian kehidupan pintar untuk keselamatan dan sekuriti rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan aplikasi komersil ringan.

Z-Wave® adalah tanda dagangan berdaftar bagi Sigma Designs dan anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Tentang MAKE:

Make: adalah platform global untuk menghubungkan pencipta dengan satu sama lain, dengan produk dan perkhidmatan, dan dengan rakan kongsi kami. Menerusi media, acara dan produk, Make: memenuhi keperluan komuniti pencipta yang berkembang yang menghubungkan set minda DIY dengan teknologi dan komuniti. Sama ada sebagai suatu hobi atau profesional, pencipta adalah kreatif, pintar sentiasa ingin tahu. Mereka membangunkan projek yang menunjukkan cara mereka berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka. Pelancaran majalah Make: pada tahun 2005, diikuti oleh Maker Faire pada tahun 2006, memulakan Gerakan Pencipta sedunia yang mengubah inovasi, budaya dan pendidikan. Beribu pejabat di San Francisco, Make:
memenuhi keperluan lebih daripada 25 juta pencipta di seluruh asetnya.

Kenyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk kenyataan tentang faedah penggunaan Z-Wave dalam tawaran produk, termasuk faedah ciri dipertingkatkan tertentu untuk peranti Z-Wave. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material disebabkan beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerimaan konsumer dan pelanggan untuk teknologi Z-Wave di kawasan yang relevan, keupayaan teknologi Z-Wave untuk bersaing dengan teknologi atau produk berkaitan yang lain dalam pasaran, jika ada, dan juga risiko lain yang dibutirkan dari semasa ke semasa dalam laporan kami kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, termasuk laporan yang dibuat pada Borang 10-Q. Pembaca diperingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar terhadap pernyataan masa hadapan ini yang hanya menyatakan pada tarikh tersebut. Sigma tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran kepada umum atau pendedahan apa-apa semakan terhadap pernyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat disebabkan oleh peristiwa atau keadaan selepas tarikh tersebut atau untuk mencerminkan kejadian yang tidak dijangka.

Hubungan Akhbar:
Mary Miller
Sigma Designs
+1-510-897-1069
Mary_Miller@sigmadesigns.com
Alexandra Crabb
Caster Communications
+1-401-792-7080
alex@castercomm.com


SUMBER : Sigma Designs, Inc.

No comments:

Post a Comment