Friday, September 8, 2017

OPTUS WHOLESALE BEKERJASAMA DENGAN BROADSOFT UNTUK KOMUNIKASI AWAN

Optus Cloud-UCX membuka komunikasi bersepadu berasaskan awan kepada penyedia perkhidmatan

GAITHERSBURG, Md., 7 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Optus Wholesale telah memperkenalkan penyelesaian Komunikasi Bersepadu (UC) berasaskan awan yang baru untuk pembekal perkhidmatan, menangani peningkatan permintaan pengguna akhir untuk perkhidmatan awan.

Optus Cloud-UCX menyediakan Komunikasi Bersepadu sebagai Perkhidmatan (UCaaS) merentas pelbagai peranti secara serentak, menggunakan satu antara muka mudah. Penyelesaian ini juga membolehkan rakan borong untuk membuat dan melabel putih produk UC mereka sendiri.

Penyelesaian ini hadir sebagai platform UC awan lalu terus berkembang menjadi penyelesaian yang popular, dengan pengguna akhir berpindah dari sistem PABX tradisional yang mahal dan rumit.

Direka khusus untuk keperluan pasaran borong, penyelesaian itu ditempatkan menggunakan BroadSoft Business, dengan Optus, telekomunikasi peringkat satu yang pertama di Australia memasarkan platform BroadCloud sebagai penyelesaian berasaskan awan lengkap.

John Castro, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Optus Wholesale berkata: “Dengan pasaran UC Australia yang diramalkan akan melepasi $1 bilion menjelang tahun 2021i, ini adalah lapangan pertumbuhan yang sangat besar dan ia menjadi semakin penting bagi penyedia perkhidmatan untuk menyokong pelanggan mereka ketika mereka berpindah ke awan. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan BroadSoft untuk membawa portofolio UC BroadSoft Business terkemuka kepada pelanggan borong melalui Optus Cloud-UCX."

"Pelancaran produk ini menunjukkan komitmen Optus Wholesale terhadap inovasi, kerana kami terus membangun dan melabur dalam produk yang direka untuk memastikan rakan pembekal perkhidmatan kami berdaya saing dalam pasaran."

Optus Cloud-UCX ditempatkan pada infrastruktur rangkaian gred pembekal yang 100% berasaskan awan. Platform ini juga dihoskan dalam pusat data Equinix geo-lewah.

Jonathan Reid, Pengarah Urusan, Asia Pacific, BroadSoft berkata: "Kami gembira untuk terus membangunkan hubungan kerjasama kami bersama Optus dengan membekalkan penyelesaian UC awan terkemuka di dunia - BroadSoft Business kepada Australia. Kami mengalu-alukan pelancaran Optus Cloud-UCX; penyelesaian UCaaS yang komprehensif dan berasaskan awan sepenuhnya untuk pembekal perkhidmatan Australia. "

Optus Cloud-UCX menyediakan tawaran perkhidmatan penuh untuk pengguna akhir termasuk perkhidmatan Pesanan Segera (IM), Kehadiran, panggilan suara dan video, persidangan dan perkhidmatan perkongsian atas meja dan fail.

Sebagai produk yang disokong oleh BroadSoft Business, pengguna Optus Cloud-UCX juga akan mendapat manfaat daripada penambahbaikan produk yang dikeluarkan pada setiap suku tahun, meningkatkan kelajuan untuk memasarkan ciri-ciri baru untuk pembekal perkhidmatan.

Faedah lain bagi penyelesaian Cloud-UCX termasuk:
  • Portal Label Putih dan API: Pembekal perkhidmatan boleh menjenamakan semua platform untuk memasarkannya sebagai milikan sendiri. Penyelesaian B2B juga disediakan melalui akses kepada API.
  • Kerumitan dan kos operasi yang lebih rendah: Pembekal perkhidmatan boleh mengelakkan pelaburan infrastruktur yang mahal dengan akses kepada rangkaian PSTN Optus Wholesale melalui Optus Cloud-UCX.
  • Kebolehskalaan dan liputan: Optus Cloud-UCX membolehkan pelanggan borong meluaskan penyelesaian pengguna akhir dengan menambah stesen UC tambahan apabila diperlukan.
  • Penempatan yang fleksibel: Pilihan yang fleksibel untuk penempatan pengguna akhir merentasi sambungan awam dan persendirian. Saling bersambung dengan kedua-dua infrastruktur mudah alih Optus dan rangkaian tetap.
  • Pengurusan berautonomi: Kawalan hujung ke hujung bagi sebut harga, pesanan, pembekalan, jenama dan katalog produk.
____________________________
https://ww2.frost.com/news/press-releases/australias-uc-services-market-offers-many-new-opportunities-it-grows-over-1-billion-2021-says-frost-sullivan/

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Steve Batten
Hubungan Korporat Optus
P: (02) 8082 7850
E: media@optus.com.au

Ben Willets
Ogilvy PR
T: (02) 8281 3809
E: Ben.Willets@ogilvy.com.au

Untuk BroadSoft:
Terry Alberstein
terry@navigatecommunication.com.au
+61 458 484 921

Sumber : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment