Wednesday, September 6, 2017

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENAMBAHKAN IC PEMACU GELOMBANG SINUS 500V YANG DIPASANG DI DALAM PAKEJ PELETAKAN PERMUKAAN KECIL MOTOR KIPAS TANPA BERUS TIGA FASA

TOKYO, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan pelancaran "TB67B000FG," sebuah pemacu motor kipas tanpa berus tiga fasa yang baharu untuk penyaman udara, pembersih udara dan peralatan rumah yang lain, dan bagi peralatan industri. Pemacu baharu itu adalah satu tambahan pakej kepada "siri TB67B000," yang merealisasikan pemacu motor kipas yang sangat berkesan dan pengurangan bunyi di dalam satu pakej tunggal.

TB67B000FG adalah sebuah IC pemacu motor gelombang sinus di dalam pakej peletakan permukaan HSSOP34. Penghantaran sampel bermula hari ini.

Pertumbuhan di dalam pasaran motor kipas telah meningkatkan permintaan untuk pakej yang menyokong pemasangan balikan bagi mendapatkan pembuatan papan yang lebih cekap.

Penggunaan TB67B000FG di dalam pakej peletakan permukaan HSSOP34 yang kecil merealisasikan objektif ini. Komponen boleh dipasang pada papan secara automatik, sekali gus meningkatkan kecekapan pembuatan motor kipas. Di samping itu, ruang pemasangan yang diperlukan adalah kira-kira 53% lebih kecil berbanding IC pemacu gelombang sinus TB67B000HG, yang dipakej di dalam 'HDIP30', sebuah pakej pemasukan plumbum konvensional. IC baharu itu menyumbang kepada penjimatan ruang papan.

Ciri-ciri utama
1. Pakej peletakan permukaan kecil untuk pemasangan balikan
Pakej HSSOP 36-pin kecil (ruang pemasangan: 17.5 × 11.93mm) digunakan. Sebuah pad radiasi haba pada permukaan pakej itu meningkatkan pelesapan haba. Komponen boleh dipasang pada papan secara automatik, kerana pakej itu membolehkan pemasangan balikan. Ruang pemasangan yang diperlukan adalah 53% lebih kecil daripada yang terdahulu, yang ditempatkan di dalam pakej jenis HDIP (ruang pemasangan: 32.8 × 13.5mm)
2. Pemacu gelombang sinus dengan satu penarafan 500V/2A direalisasikan di dalam satu pakej tunggal.
IC kawalan motor gelombang sinus itu dan IGBT (penarafan 500V/2A) disepadukan di dalam satu pakej. Ini mengurangkan saiz ruang pemasangan dan susun atur papan, dan menyumbang kepada pengurangan kos bagi keseluruhan sistem.
3. Kerosakan disebabkan oleh bunyi bising terhalang.
Kerosakan disebabkan oleh bunyi bising terhalang oleh sebuah litar selak di dalam input sensor dewan. Penapis digital dan analog terbina dalam merealisasikan operasi motor yang lebih stabil.
4. Fungsi pengesanan kesilapan terbina dalam
Fungsi pengesanan kesilapan untuk pengesanan kunci motor, sekatan untuk voltan rendah bagi kawalan kuasa, dan penutupan terma digabungkan.
 
 
Spesifikasi Utama
Nama produk Produk sekarang
TB67B000HG
 Produk baharu
TB67B000FG
Pakej HDIP30
(Ruang pemasangan: 32.8 × 13.5mm)
 HSSOP34
(Ruang pemasangan: 17.5 × 11.93mm)
Voltan bekalan kuasa
(penarafan maksimum mutlak)
 Untuk operasi motor: 500V
 Untuk alat kawalan: 18V
Voltan bekalan kuasa
(julat operasi)
 Untuk operasi motor: 50 hingga 450V
 Untuk alat kawalan: 13.5 hingga 16.5V
Arus output
(julat operasi)
 2A
Kaedah pemacuan Pemacu PWM gelombang sinus/Penukartertiban trapezium
Frekuensi PWM  14kHz hingga 23kHz
Kawalan sudut pandu Pemacu PWM gelombang sinus: 0 hingga 58°/32 langkah
Penukartertiban trapezium: 0 hingga 28°/16 langkah
Voltan input bagi arahan kelajuan putaran Operasi motor: 2.1V hingga 5.4V
Ciri-ciri lain • IGBT terbina dalam penghubung tiga fasa
• Litar ayunan terbina dalam (perintang disambung secara luaran.)
• Butstrap diod terbina dalam
• Fungsi pengesanan kesilapan terbina dalam: pengehad arus, penutupan terma, sekatan untuk voltan rendah, dan pengesanan kunci motor
• Litar pengawal atur terbina dalam (5V/35mA , 7V/30mA)
 


Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu ini, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67B000FG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51678168&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170905005647/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment