YANCHENG, China, 25 Sept., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
Baru-baru
ini, Encik Yang Guomei, seorang jurugambar dari Daerah Dafeng di
Yancheng dalam wilayah Jiangsu, dianugerahi dengan Hadiah Kuda Emas
untuk Kesenian China, sebagai pemenang hadiah tunggal bagi Bandar Raya
Yancheng. Adalah dimaklumkan bahawa majlis penganugerahan hadiah bagi
Hadiah Kuda Emas Kelima 2017 untuk Kesenian China telah diadakan secara
formal di padang rumput luas yang indah di Mongolia, di Kem Genghis Khan
yang terkenal dengan perhimpunan Mongol Yurt yang terbesar di dunia.
Kem ini pernah pada suatu ketika menjadi tapak bagi Sidang Kemuncak
Asia-Eropah, dengan menerima ketua-ketua negara dari berpuluh-puluh buah
negara.
Hadiah Kuda Emas bagi Kesenian China bertujuan untuk
menghargai dan menghormati artis-artis China yang hebat yang telah
memenangi pencapaian cemerlang di dalam bidang kebudayaan dan kesenian,
yang diiktiraf sebagai hadiah kesenian yang utama bagi masyarakat China.
Hadiah Kuda Emas itu untuk fotografi adalah hadiah paling tinggi untuk
fotografi China. Sejak pengenalannya pada tahun 2006, empat sesi telah
berjaya diadakan di empat kota raya iaitu Taipei, Hong Kong, Xilingol
dan Taichung, sesi kelima bagi Kuda Emas.
Hadiah bagi Kesenian China untuk tahun ini telah diadakan masing-masing di Jilin, China dan Ulan Bator, Mongolia.
Yang
Guomei adalah seorang ahli Persatuan Jurugambar China, dan presiden
kehormat bagi Persatuan Jurugambar bagi Bandar Raya Yancheng, yang
dikenali mesra oleh semua sebagai “jurugambar bagi petani". Beliau
mempunyai lebih 200 keping gambar yang dianugerahkan dengan pelbagai
hadiah di 52 buah negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat,
Perancis, Jerman, Greece dan Switzerland. Beliau mempunyai dua koleksi
fotografi yang diterbitkan, dan pada tahun 2006, "Rusa Pere David China –
Koleksi Hasil Karya Fotografi Yang Guomei" diberikan sebagai hadiah
kepada Annan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ketika
itu.
Sumber: Persatuan Jurugambar bagi Bandar Raya Yancheng
No comments:
Post a Comment