Thursday, September 14, 2017

PERKHIDMATAN SEWA WIFI, "WI-HO! (R)," KINI TERSEDIA UNTUK PENGEMBARA DARI MALAYSIA, FILIPINA DAN INDONESIA

TOKYO, 13 Sept (Bernama) -- 

- Pelan Penggunaan Data Tidak Terhad Tersedia, Terbaik untuk Pengembara Berkumpulan di Jepun -

Pada 13 September 2017, Telecom Square, Inc. mula menawarkan perkhidmatan penyewaan penghala WiFi, "Wi-Ho!," kepada pelancong yang melawat Jepun dari Malaysia, Filipina dan Indonesia.

(Logo: http://prw.kyodonews.jp/img/201709115499-O1-c1LB7ivc)

Dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang semakin hampir, jumlah pelawat ke Jepun dijangka meningkat. Walau bagaimanapun, tidak terdapat banyak tempat WiFi percuma di Jepun, menjadikannya tidak mudah bagi pelancong asing untuk menyambung ke Internet. Oleh itu, Telecom Square ingin menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan perkhidmatan sewa penghala WiFi yang memastikan sambungan Internet yang boleh dipercayai bagi mereka yang memerlukan akses Internet semasa perjalanan mereka di Jepun.

Penghala WiFi adalah peranti mudah alih yang membolehkan telefon pintar dan komputer disambungkan ke Internet di mana-mana sahaja. Rangkaian 4G LTE berkelajuan tinggi dan pelan penggunaan data tanpa had tersedia. Tidak seperti kad SIM, penghala WiFi Telecom Square menyokong sehingga 10 hingga 14 peranti berkapasiti WiFi secara serentak. Oleh itu, jika seorang pengguna berkongsi penghala dengan ahli kumpulannya, harga setiap orang akan jauh lebih rendah.
             
Para pelanggan boleh membuat tempahan dalam talian dan membayar dengan mata wang tempatan mereka sebelum perjalanan mereka bermula. Di samping itu, mereka dapat mengambil produk-produk Telecom Square di lapangan terbang utama di Jepun. Kakitangan berdedikasi syarikat akan menerangkan cara menggunakannya dan menjawab sebarang pertanyaan. Adalah menjadi kewajipan Telecom Square untuk menjamin semua pelanggan satu perjalanan yang menyenangkan di Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang syarikat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10389

 

No comments:

Post a Comment