Thursday, September 21, 2017

Peluang Sambung Pengajian Di KUIS

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mencapai keputusan cemerlang berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

KUIS dalam satu kenyataan hari ini berkata hanya dengan tiga kredit sahaja serta lulus Bahasa Inggeris dan Matematik, mereka masih boleh menyambung pengajian dalam pelbagai bidang yang disukai di kolej itu.

Dalam pada itu, KUIS telah mengadakan sesi pengenalan dan promosi di 10 lokasi kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) baru-baru ini.

Sesi yang dilaksanakan sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta PLKN yang juga merupakan pelajar lepasan SPM mengenai hala tuju mereka serta peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pengajian asasi dan diploma di KUIS.

Perkongsian yang dibuat dalam sesi tersebut adalah berkaitan hala tuju pelajar selepas menamatkan latihan, dengan memberikan maklumat peluang belajar di KUIS di peringkat pengajian asasi dan diploma dengan syarat kemasukan yang minimum.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment