Tuesday, September 19, 2017

LHDN Cawangan Bangi Beroperasi Sepenuhnya Mulai Jumaat Lepas

PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Bangi beroperasi sepenuhnya mulai Jumaat lepas di bawah seliaan Pejabat Pengarah Negeri (PPN) Putrajaya.

LHDN dalam satu kenyataan berkata cawangan itu akan menguruskan sebilangan fail pembayar cukai individu dan syarikat yang sebelum ini ditadbir oleh beberapa cawangan seperti Cawangan Seremban, Shah Alam, Klang, Cheras dan Cawangan Pembayar Cukai Besar.

Katanya, pemilihan fail untuk dipindahkan ke Cawangan Bangi adalah berdasarkan kepada poskod alamat surat menyurat terkini bagi semua kategori pembayar cukai.

\"Ia melibatkan 305,662 fail pembayar cukai Syarikat (C), Perkongsian (D) Perniagaan Tunggal (OG), Penggajian (SG) dan Majikan (E). Turut dipindahkan juga adalah Fail Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan fail pungutan," jelas LHDN.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian boleh diajukan kepada LHDN Cawangan Bangi di talian 03-89133800.


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment