Monday, September 25, 2017

BT DAN HITACHI BEKERJASAMA UNTUK MEMBANGUNKAN PENYELESAIAN IOT PERINDUSTRIAN DAN PERUSAHAAN

Fokus Awal pada Kecerdasan Aset dan Kes Penggunaan Penyelenggaraan Ramalan

LAS VEGAS dan LONDON, 21 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BT, salah satu penyedia bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi terkemuka di dunia, dan Hitachi Vantara, anak syarikat milik penuh Hitachi Ltd. (TSE: 6501) hari ini mengumumkan kerjasama global untuk mencipta bersama penyelesaian yang inovatif dalam bidang internet benda (IoT) perindustrian dan perusahaan. Perkongsian ini bertujuan untuk memacu hasil perniagaan yang lebih baik untuk pelanggan global, termasuk kecekapan, produktiviti dan penjimatan kos yang lebih tinggi. Pada mulanya syarikat akan memberi tumpuan untuk meneroka dan mereka bentuk penyelesaian kecerdasan aset dan penyelenggaraan ramalan untuk memberikan hasil yang diingini bagi pelanggan dalam sektor industri seperti pembuatan dan pengangkutan.

Diumumkan pada persidangan pengguna pertama Hitachi, Hitachi NEXT 2017, di Las Vegas hari ini, perkongsian itu menyatukan infrastruktur rangkaian global, keupayaan awan dan kepakaran keselamatan siber BT dengan kepakaran teknologi operasi dan maklumat Hitachi (OT/IT) yang luas., perisian platform IoT Lumada generasi akan datang dan portfolio perkhidmatan dan penyelesaian IoT yang bersepadu.

Gabungan teknologi, infrastruktur dan kepakaran syarikat akan membantu para pelanggan bersama mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya kecerdasan dan analisis data lanjutan yang terhubung untuk menyelaraskan proses dan mengoptimumkan prestasi perniagaan pada skala global.

Bas Burger, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Global, BT, berkata: "Kerjasama kami dengan Hitachi akan membantu BT untuk mempercepatkan inovasi dan memudahkan laluan kepada pendigitalan dan IoT untuk pelanggan kami di seluruh dunia. Kepakaran OT, IT dan IoT Hitachi, hubungan pelanggan yang lama dan Platform IoT Lumada akan bergabung secara ideal dengan infrastruktur global, perkhidmatan awan dan kepakaran keselamatan siber kami untuk mencipta penawaran IoT yang berkuasa yang akan membantu memaksimumkan kejayaan perjalanan transformasi digital pelanggan global kami."

"IoT mewakili titik lengkuk balas yang kritikal yang menunjukkan kepentingan perniagaan, industri dan masyarakat kini bersilang dan sejajar yang tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Ryuichi Otsuki, Ketua Pegawai Eksekutif di Hitachi Vantara dan naib presiden di Hitachi Ltd. "Kami melihat penciptaan perkongsian strategik dengan para peneraju dan penggerak pasaran seperti BT sebagai sokongan yang penting kepada strategi IoT Hitachi ketika kami menggerakkan syarikat dan perniagaan kami ke fasa evolusinya yang berikut." 

No comments:

Post a Comment